seismik

Porno Kartun Frozen Ini Dapat 6 Juta Tontonan Di YouTube. Anak Anda Pernah Menontonnya?

Makin lama makin bahaya pula YouTube ni.

Cover image via SAYS

Baru-baru ini viral di Facebook apabila akaun Kini Trending berkongsi maklumat tentang kandungan video kanak-kanak tak senonoh yang terdapat di YouTube ini:

Click to Reveal
Hide
Image from Kini Trending/Facebook
Image via Kini Trending/Facebook

Kami memang terperanjat dan tidak pernah menyangka video sebegini akan wujud di laman YouTube. Perkara ini dilaporkan oleh seorang pengguna Facebook bernama Elfiana Quraisha apabila menyedari anak perempuannya secara tidak sengaja sedang menonton video-video tersebut.

Click to Reveal
Hide
Image from Kini Trending/Facebook
Image via Kini Trending/Facebook

Ternyata tidak ramai daripada kita menyedari tentang perkara ini

Cuba anda lihat jumlah tontonan video-video berkenaan. Ada di antaranya mencecah sebanyak lebih 6 juta tontonan. Cuba bayangkan sekiranya setengah daripada jumlah tersebut adalah kanak-kanak dan salah seorangnya mungkin anak anda.

Video tersebut telah dimuat naik oleh channel CheekSpear Animation dan sehingga hari ini sebanyak 101 video telah dihasilkan dan kini mempunyai lebih daripada 100,000 subscribers.

Click to Reveal
Hide
Image from YouTube
Image via YouTube

Dan apabila kami menyusuri ruangan komen, kami mendapati masyarakat seluruh dunia sememangnya marah dan mengecam tindakan pihak channel tersebut. Rata-rata risau sekiranya video itu akan ditonton oleh kanak-kanak yang pastinya akan mempengaruhi minda mereka.

Image via YouTube
Image via YouTube

Untuk pengetahuan anda, walaupun anak anda tidak menonton video dari channel ini, tetapi ia tetap akan muncul di Up Next bar di sebelah kanan video sebagai suggestion videos. Ini kerana perkataan Elsa digunakan sebagai keyword kepada video tersebut.

Daripada hasil tontonan kami, kami 100% berpendapat video-video ini sangat berbahaya buat kanak-kanak. Lihat contoh di bawah:

Click to Reveal
Hide
Image from YouTube
Image via YouTube
Click to Reveal
Hide
Image from YouTube
Image via YouTube

Jadi apa yang anda boleh lakukan untuk elak anak anda daripada menonton video sebegini?

1. Tandakan restrict mode

Pergi ke bahagian setting YouTube dan tandakan pilihan ini. Setelah anda tandakan, beberapa video yang mempunyai inpappropriate content tidak akan dapat dimainkan melalui device anda.

2. On safety mode

Tetapi diingatkan, tidak semua video dapat ditapis kerana sesetengah video tersebut disetkan kepada public.

3. Guna applikasi parental control

Image via Google Play

Terdapat tiga fungsi utama aplikasi ini iaitu filtering, observing dan scheduling:

Filtering: Anda boleh memilih laman web mana yang anak anda boleh (white list) dan tidak boleh akses (black list).

Observing: Anda boleh merakam aktiviti anak-anak sepanjang hari.

Scheduling: Mereka hanya boleh online pada waktu tertentu sahaja yang anda telah tetapkan.

Walaubagaimanapun, sekiranya content seperti video di atas disetkan kepada public, kebarangkalian peluang untuk anak anda menontonnya masih tetap tinggi

Dinasihatkan sebagai ibu bapa, anda seharusnya monitor aktiviti anak-anak tidak kiralah pada telefon pintar, tablet dan sebagainya. Ambil tindakan dan sebarkan!

Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Bukan sahaja Frozen, watak animasi superhero turut dilucahkan. BACA SINI:

You may be interested in: